Friday 9 December 2016

PENUTUP


Kesimpulannya, pengkaji telah menjalankan kajian atas ciri-ciri pengasas Samsung Groups iaitu Lee Byung Chull. Pengkaji telah dapat mencapai objektif kajian ini dan berjaya mengenali ciri-ciri yang ada pada Lee Byung-Chull sehingga membawa kepada kejayaan dan kemajuan Samsung Groups.
Secara keseluruhannya yang dapat kami simpulkan hasil dari kajian ini, pengasas syarikat Samsung iaitu Lee Byung-Chull memiliki banyak ciri-ciri usahawan yang berjaya seperti berwawasan, pemerhatian, berorientasikan hasil, berani mengambil risiko dan tidak mengenal erti putus asa.
Lee Byung-Chull berasal daripada keluarga bangsawan. Namun begitu, beliau tetap berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan sehingga ke Wasade University di Tokyo. Walaupun beliau tidak dapat menamatkan ijazah disebabkan kematian bapa beliau, beliau tidak berputus asa dan cuba untuk menceburi diri dalam bidang perniagaan.
Lee Byung-Chull adalah seorang usahawan yang gigih dan tidak mudah berputus asa apabila beliau gagal dalam percubaan pertamanya ketika menceburi bidang keusahawanan dengan membuka sebuah kilang beras.  Namun begitu beliau tidak berputus asa dan meneruskan usahanya dengan membuka sebuah lagi perdagangan eksport yang diberi nama Samsung Trading.Co sehinggalah tertubuhnya syarikat Samsung Electronics Co.Ltd yang kita kenali sekarang.
Selain itu, Lee Byung-Chull juga memiliki ciri ciri usahawan seperti berani mengambil risiko.  Ini dapat dibuktikan apabila beliau berani menceburi bidang bidang baharu seperti pembukaan kilang beras, perdagangan eksport, membuka kilang gula, perniagaan tekstil, kewangan, pembinaan kapal dan elektronik.
Dari perspektif yang lain, kita juga boleh melihat perkembangan samsung yang amat stabil. Samsung Group merupakan sebuah perniagaan lori semasa mula ditubuhkan. Hasil daripada usaha yang telah dijalankan oleh Lee Byung-chul, Samsung Group telah mula menceburi dalam pelbagai bidang terutamanya bidang elektronik.
Samsung Group juga menghadapi pelbagai masalah untuk dalam perkembangan syarikat. Namun begitu, dengan pimpinan dan usaha yang dilakukan oleh Lee Byung-Chull, Samsung Group telah menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat dunia dan mencapai pelbagai kejayaan terutamanya dalam bidang elektronik.
Kesimpulannya, Lee Byung-Chull memiliki pelbagai ciri-ciri yang penting dan perlu ada pada seseorang usahawan untuk memaju dan membangunkan perniagaan. Ciri-ciri yang dimiliki oleh beliau telah berjaya memimpin Samsung Groups untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang sehingga menjadi sebuah syarikat yang terkenal di persada dunia kini.  Ciri-ciri tersebut perlu dipraktikkan oleh usahawan supaya berdaya menubuhkan sebuah perniagaan yang berjaya.

No comments:

Post a Comment