Friday 9 December 2016

BERWAWASAN

Ciri yang pertama yang dimiliki oleh Lee Byung-Chull ialah berwawasan (visionary). Berwawasan bermaksud mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu. (Baharom, 2007). Ciri berwawasan merupakan salah satu ciri yang disyorkan oleh tokoh-tokoh seperti Shapero dan Sokol(1982), McGrath et al(1992), Vaught dan Hoy (1981), Sieh Mei Ling dan lain-lain pengkaji tentang keusahawanan. (Hussin, 2015)Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wawasan ditakrifkan sebagai pandangan jauh terutamanya berkaitan yang berkaitan dengan perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi sesebuah organisasi atau negara. Di samping itu, berwawasan boleh didefinisikan sebagai mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu (bagi mencapai matlamat penting sesebuah negara, organisasi dan sebagainya)
Sifat berwawasan merupakan salah satu sifat yang perlu ada pada seorang usahawan. Usahawan yang berwawasan merupakan usahawan yang mempunyai visi dan misi yang membolehkan mereka mempunyai keyakinan diri dalam mencapai kejayaan yang diingini. Dengan wawasan yang ingin dicapai oleh mereka, mereka akan gigih dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi kegagalan. Selain itu, visi dan misi boleh dijadikan sebagai panduan bagi sesebuah perniagaan serta dapat memotivasikan usahawan supaya lebih bersemangat untuk mencapai matlamat organisasi.
 Lee Byung-Chull diperkatakan sebagai seorang usahawan yang berwawasan dalam mengusahakan perniagaan Samsung Group. Wawasan beliau adalah Pihak Samsung Groups menggunakan teknologi yang terkini untuk mengeluarkan produk yang dapat memuaskan pengguna. Sebagai contoh, Samsung-Sanyo telah mula mengeluarkan televisyen hitam putih pada tahun 1970. Ciptaan ini merupakan ciptaan yang berteknologi tinggi pada zaman tersebut.
Selain itu, Lee Byung-Chull juga mempunyai wawasan supaya sentiasa mengaluarkan produk yang dapat memuaskan keperluan dan kehendak para pengguna dari semasa ke semasa. Hal ini telah menyebabkan produk keluaran Samsung Group sentiasa mendapat sambutan masyarakat serta menjadikan produk Samsung sebagai produk yang terkenal dalam seluruh dunia.

Lee Byung-Chull juga berwawasan untuk menceburi dalam pelbagai bidang seperti bidang elektronik, pemprosesan makanan, pakaian, insurans, keselamatan dan jualan runcit. Sebagai contoh, pada tahun 1960, Samsung telah memasuki industri elektronik dan pada pertengahan tahun 1970 mereka telah menceburi industri perkapalan dan perindustrian. (sivapradha-palaniswami, 2015) Hal ini dapat membuktikan bahawa Lee Byung-Chull berwawasan tinggi untuk membangunkan Samsung dalam pelbagai bidang.

No comments:

Post a Comment