Friday 9 December 2016

LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG PENGASAS
Lee Byung-Chull, pengasas Samsung Groups merupakan anak daripada sebuah keluarga bangsawan yang lahir pada 12 februari 1920 di Gyeongsangnam-do. Beliau mendapat pendidikan awal dari sekolah tempatan. Seterusnya, beliau melanjutkan pendidikan di Waseda University di Tokyo. Malangnya, beliau tidak dapat menamatkan ijazah disebabkan kematian bapa beliau.
Lee Byung Chul menggunakan kekayaan yang diwarisi dari keluarganya dengan membuka sebuah kilang beras.  Namun begitu, percubaan pertamanya tidak mendapat keuntungan seperti yang dijangkakan.  Selepas itu, Lee Byung-Chull mencuba untuk menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan eksport dengan menubuhkan Samsung Trading Co.  Lee Byung-Chull menjalankan perniagaan mengeksport sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan ke negara China dan Jepun.
Setelah perniagaan eksportnya berkembang maju, Lee Byung-Chull mengambil keputusan untuk memindahkan ibu pejabatnya ke Seoul.  Pada awal tahun 1950, Perang Korea telah tercetus dan mengakibatkan Korea Selatan dijajah oleh Korea Utara dan memaksa Lee Byung-Chul meninggalkan perniagaannya.  Beliau tidak berputus asa apabila berpindah ke Busan dan menubuhkan perniagaan baharu iaitu sebuah kilang gula yang diberi nama Cheil Jedang pada tahun 1953 dan merupakan kilang gula pertama di Korea Selatan. 
Perniagaan Lee Byung-Chull tidak terhenti setakat itu sahaja apabila beliau terus menerus mengembangkan perniagaannya ke pelbagai bidang seperti tekstil, gedung membeli belah, bidang kewangan, kimia, pembinaan kapal dan pada tahun 1969 beliau menubuhkan sebuah syarikat eletronik iaitu Samsung Eletronics yang kita kenali sekarang. 

            Kejayaan Lee Byung-Chull
           
Tahun
Kejayaan
1938
Menubuhkan Syarikat Perdagangan Samsung
1951
Membentuk Perbadanan Samsung
1953
Menubuhkan Syarikat Gula Cheil
1954
Menubuhkan Tekstil Cheil
1958
Memperolehi Insuran Api dan Marin Ankuk
1961
Membentuk Persekutuan Perusahaan
Menjadi pengerusi Persekutuan Perusahaan
1963
Menubuhkan TV, TBC dan radio di Seoul
Menyerap Insuran Hayat Oriental dan Stor Shinsegae
1964
Membentuk Biasiswa Samsung Korea
1965
Membentuk Asas Kebudayaan Samsung dan Joong-Ang Llbo
Dirasmikan sebagai Pengarah Universiti Sungkyunkwan
1966
Menubuhkan Syarikat Pembangunan Joong-Ang dan Hospital Koryeo
1967
Menubuhkan Syarikat Kertas Saehan
1968
Dirasmikan sebagai pengerusi Joong-Ang Llbo
1969
Menubuhkan Syarikat Samsung Elektronik
1972
Menubuhkan Cheil Wool Textiles
1973
Membentuk Komunikasi Cheli, Hotel Shilla dan Samsung Corning
1974
Membentuk PetroKimia Samsung
Memperbadankan Industri Berat Samsung
1975
Bakti yang disemak
1976
Pembukaan Tanah Ladang Yong-In
1977
Membuka Syarikat Pembinaan Kapal Samsung
Menubuhkan Syarikat Ketetapan Samsung
1978
Menubuhkan Syarikat Semikonduktor Samsung
1982
Membentuk Samsung Lions (pasukan profesional besbol)
Membuka Galeri Kesenian Ho-Am
Membuka Pusat Latihan Samsung
1985
Menubuhkan Syarikat Kelengkapan Perubatan Samsung
1987
Memperkenalkan Sistem Data Samsung
Menubuhkan Institusi Kemajuan Teknologi Samsung
1961-1987
Pengerusi Samsung Groups

LATAR BELAKANG SYARIKAT
Syarikat Samsung diasaskan oleh Lee Byung-chul pada 1 Mac 1938 di Daegu, Korea. (Samsung). Samsung memiliki beberapa buah anak syarikat dibawahnya seperti Samsung Electronics, Samsung Life Insurance, Samsung Heavy Industries dan banyak lagi anak syarikat Samsung. 
Syarikat Samsung diasaskan oleh Lee Byung-Chull pada 1 Mac 1938 di Daegu, Korea yang menumpukan kepada pengeksportan ikan kering, sayur-sayuran dan buah-buahan kepada Manchuria dan Beijing. Dalam sedikit lebih daripada satu dekad, Samsung yang bermaksud "tiga bintang" di Korea berharap mempunyai kilang tepung sendiri dan mesin gula-gula, pembuatan sendiri dan operasi jualan.
Perniagaannya bertambah maju dan ibu pejabat Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947. Lee Byung-Chull tidak pernah berputus asa dan apabila perang Korea tamat, beliau membuka kilang penapisan gula dan kilang bulu.
 Pada tahun 1960-an, Lee Byung-Chull agak bernasib baik kerana Presiden Korea telah melaksanakan polisi untuk melindungi firma-firma perniagaan seperti Samsung. Di bawah pelaksanaan polisi ini,  syarikat asing tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea. Langkah ini telah memberikan Samsung kelebihan dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana tidak ada pesaing selama 18 tahun semasa era pemerintahan Presiden Park Chung-hee.
Setelah 2 tahun beroperasi, Syarikat Samsung Eletronic telah berjaya mengeluarkan 2 juta unit produk eletronik mereka iaitu televisyen hitam-putih (tanpa warna).  Pada tahun 1984, Samsung telah berjaya mengeluarkan 5 juta unit televisyen berwarna dan menjadikan Samsung sebagai syarikat ketiga pengeluar eletronik terbesar di dunia selepas syarikat Jerman dan Belanda.
Pada tahun 1993, Pengerusi Samsung iaitu Lee Kun-Hee telah mengadakan lawatan ke seluruh dunia termasuklah ke California di Amerika Syarikat untuk mengetahui apakah persepsi masyarakat seluruh dunia mengenai produk keluaran Samsung.  Namun begitu, beliau terkejut apabila beliau melihat televisyen jenama Samsung diletakkan di rak paling bawah yang sukar dilihat oleh pelanggan tetapi televisyen keluaran Sony dan Panasonic berada di rak paling atas dan mudah dilihat pelanggan. 
Sejak itu Lee Kun-Hee berazam untuk menjadikan jenama Samsung sebagai penegeluar barangan eletronik yang dikenali di seluruh dunia.  Beliau kemudian mengumpulkan semua para eksekuti syarikat Samsung di Jerman untuk membuat transformasi di dalam syarikat.  Hasilnya, Samsung telah menjadi antara pengeluar cip eletronik terbesar di dunia dan kini jenama Samsung semakin dikenali dengan pengeluaran telefon pintar yang setaraf dengan para pesaingnya seperti Sony, Apple dan sebagainya.
Syarikat Samsung Elektronik Malaysia ditubuhkan pada tahun 1993 di Plaza Sentral Suite 3B-9-3A, Level 9, Block 3B, Jalan Stesen Sentral 3, 50470, Wilayah Persekutuan. Visi Syarikat Samsung Elektronik Malaysia menjelang tahun 2020 ialah "Mengilhami Dunia, Menciptakan Masa Depan". Manakala misi Syarikat Samsung Elektronik adalah menjadi “Syarikat digital” yang terbaik.
           Syarikat Samsung telah menjadi sebuah syarikat yang amat terkenal di negara Malaysia.                   Syarikat Samsung membekalkan barangan elektronik seperti telefon pintar, televisyen, komputer       dan sebagainya. Produk Samsung sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran                 kerana keyakinan masyarakat terhadap kualiti produk Samsung. Produk Samsung dijual di kedai-     kedai elektronik dan hypermarkat seperti Tesco, Pacific dan sebagainya. Produk Samsung juga          dijual dalam harga yang berpatutan berdasarkan beberapa aspek seperti fungsi produk. Selain itu,      Syarikat Samsung juga menjalankan pelbagai usaha untuk mempromosikan produk dan    perkhidmatan mereka kepada pasaran global.

No comments:

Post a Comment