Friday 9 December 2016

PENGENALAN



Usahawan boleh ditakrifkan sebagai pengasas, iaitu pemilik firma tersebut dan boleh dibezakan dengan bukan usahawan melalui pemilikan atau ciri-ciri gelagat yang dipamerkan. (Mahmood, 2010). sebagai Menurut Hisrich dan Peters (1995), perkataan entrepreneur berasal daripada perkataan Perancis iaitu entreprende yang membawa maksud memikul tugas, tanggungjawab atau mencuba. (Makhbul, 2003)Hull, Bosley dan Udel (1980) melanjutkan definisi termasuk individu-individu yang membeli atau menwarisi perniagaan sedia ada dengan niat (dan usaha berterusan) meluaskannya.
Menurut Robert Hisrich, keusahawanan ialah proses mencipta ataupun mengeluarkan sesuatu yang berlainan, mengalami masalah kewangan, gangguan psikologi dan risiko sosial serta menerima imbuhan kewangan dan mencapai kepuasan diri. Selain itu, Kao(1995) mentakrifkan keusahawanan sebagai satu proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai kepada masyarakat dan usahawan adalah orang yang melalui proses penciptaan kekayaan dan nilai tambah tersebut melalui inkubator idea-idea, penyusunan sumber-sumber dan seterusnya melaksanakannya.
Sementara itu, teori-teori keusahawanan juga berbeza mengikut pelbagai bidang dan dibahagikan kepada tiga bidang iaitu bidang ekonomi, sosiologi dan psikologi.  Terdapat pelbagai takrifan yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli mengikut pandangan bidang masing-masing.
Bagi bidang ekonomi, ahli ekonomi yang terlibat ialah Jopesh A.Schumpeter, Alfred Marshall dan Israel Kirzner. Sebagai contoh, Joseph A.Schumpeter telah mengutarakan model usahawan iaitu meletakkan inovasi sebagai ciri keusahwanan. Peranan inovasi atau ubahsuai yang dimaksudkan oleh beliau merangkumi semua kegiatan atau usaha yang membawa kepada kepada satu pembaharuan
Seorang usahwan memiliki ciri-ciri yang berbeza dengan orang bukan usahawan. Terdapat empat belas ciri-ciri umum yang berkaitan dengan personaliti seseorang usahawan disenaraikan. Antaranya dorongan ke arah kejayaan, mengambil risiko yang diperhitungkan, kerajinan, berinisiatif dan bertanggungjawab, lokus kawalan dalaman, berkeyakinan terhadap kebolehan diri, kejujuran dan menepati janji, menitikberatkan mutu kerja yang tinggi, kebolehan menyelesaikan masalah, tahap tenaga kerja tinggi, berorientasikan matlamat dan wawasan, kebolehan membuat keputusan, menggunakan strategi-strategi pengaruh dan keusahawanan sosial.
Selain itu, terdapat pelbagai kajian yang telah dijalankan oleh ahli ekonomi dan psikologi dalam meneliti dan memahami ciri-ciri seorang usahawan. Sebagai contoh, terdapat tiga belas ciri-ciri usahawan yang berjaya disenaraikan oleh Mc Clelland (1985) dalam kajian beliau terhadap budaya Malawi dan Ecuador, antaranya inisiatif diri, dapat melihat dan merebut peluang, kecekalan, mencari maklumat dan sebagainya.
Pada zaman pascaglobalisasi ini, usahawan menghadapai dengan perubahan aus teknologi serta perkembagan ekonomi dan masyarakat yang semakin pesat. Usahawan pada abad ke-21 perlu memiliki ciri-ciri tertentu bagi menjadikan usahawan tersebut berdaya saing dan berdaya mampu untuk menghadapi pelbagai cabaran yang bakal dihadapi dalam perniagaan.
Kajian ini dijalankan untuk mengenali ciri-ciri usahawan yang berjaya. pengkaji akan memilih seorang usahawan yang berjaya dan menyenaraikan ciri-ciri yang ada pada usahawan tersebut. Selain itu, pengkaji juga akan menceritakan bagaimana ciri-ciri membantu usahawan tersebut untuk mencapai kejayaan.

Usahawan yang dipilih oleh pengkaji dalam kajian ini ialah pengasas Samsung Group iaitu Lee Byung-chul. Hal ini demikian kerana beliau merupakan salah seorang usahawan yang sangat berjaya sehingga perniagaan yang diusahawan oleh beliau berjaya berkembangan kepada pelbagai bidang terutamanya dalam bidang elektronik. Selain itu, Samsung Group juga berjaya berkembang ke seluruh dunia seperti Malaysia, China, England dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment