Friday 9 December 2016

BERORIENTASIKAN HASIL


Di samping itu, Lee Byung-Chull juga memiliki ciri berorientasikan hasil(outcome orientation). Seorang usahawan perlu memiliki kemauan untuk memperolehi hasil yang efektif supaya hasil dalam pekerjaan sesuai dengan apa yang diharapkan. (Apriadi, 2015) Ciri tersebut menggambarkan seorang usahawan atau syarikat yang mementingkan hasil daripada proses. Oleh itu, semasa menjalankan sesuatu tugas usahawan hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap matlamat dan mementingkan pencapaian serta sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan matlamat yang telah ditetapkan tercapai. Sebagai seorang usahawan, motif yang ingin dicapai adalah ingin mendapatkan hasil yang lumayan. Hasil tersebut boleh dijadikan sumber atau pendorong kepada usahawan untuk lebih bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai matlamatnya.
Ciri keusahawanan ini dapat dilihat pada Lee Byung-Chull iaitu pengasas Samsung. Pada awalnya, beliau membuka sebuah kilang beras sebagai percubaan pertama dalam menceburi bidang keusahawanan. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi beliau kerana perniagaan tersebut tidak mendatangkan keuntungan yang menggalakkan. Lee Byung-Chull terus bangkit dengan menubuhkan sebuah syarikat perdagangan eksport yang mengeksport barang-barang seperti ikan, sayur, buah ke Negara-negara seperti China dan Jepun. Di samping itu, beliau juga telah menubuhkan sebuah kilang gula iaitu Cheil Jedang yang pertama di Korea pada tahun 1953.
Hasil keuntungan dari syarikat berkenaan, beliau memulakan beberapa perusahaan lain iaitu perusahaan tekstil dan gedung membeli belah dan seterusnya berkembang kepada beberapa industri lain seperti industri mmedia dan kewangan. Lee Byung Chul melalui Samsung Electronic menceburi industri elektronik dan selepas sembilan tahun penubuhan, syarikat tersebut berjaya mmengeluarkan 2 juta unit produk keluaran mereka. Selepas beberapa tahun kemudian, syarikat tersebut berjaya mengeluarkan 5 juta set televisyen berwarna. Samsung Group terus berkembang dan maju sehingga ke hari ini.

No comments:

Post a Comment