Friday 9 December 2016

PENUTUP


Kesimpulannya, pengkaji telah menjalankan kajian atas ciri-ciri pengasas Samsung Groups iaitu Lee Byung Chull. Pengkaji telah dapat mencapai objektif kajian ini dan berjaya mengenali ciri-ciri yang ada pada Lee Byung-Chull sehingga membawa kepada kejayaan dan kemajuan Samsung Groups.
Secara keseluruhannya yang dapat kami simpulkan hasil dari kajian ini, pengasas syarikat Samsung iaitu Lee Byung-Chull memiliki banyak ciri-ciri usahawan yang berjaya seperti berwawasan, pemerhatian, berorientasikan hasil, berani mengambil risiko dan tidak mengenal erti putus asa.
Lee Byung-Chull berasal daripada keluarga bangsawan. Namun begitu, beliau tetap berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan sehingga ke Wasade University di Tokyo. Walaupun beliau tidak dapat menamatkan ijazah disebabkan kematian bapa beliau, beliau tidak berputus asa dan cuba untuk menceburi diri dalam bidang perniagaan.
Lee Byung-Chull adalah seorang usahawan yang gigih dan tidak mudah berputus asa apabila beliau gagal dalam percubaan pertamanya ketika menceburi bidang keusahawanan dengan membuka sebuah kilang beras.  Namun begitu beliau tidak berputus asa dan meneruskan usahanya dengan membuka sebuah lagi perdagangan eksport yang diberi nama Samsung Trading.Co sehinggalah tertubuhnya syarikat Samsung Electronics Co.Ltd yang kita kenali sekarang.
Selain itu, Lee Byung-Chull juga memiliki ciri ciri usahawan seperti berani mengambil risiko.  Ini dapat dibuktikan apabila beliau berani menceburi bidang bidang baharu seperti pembukaan kilang beras, perdagangan eksport, membuka kilang gula, perniagaan tekstil, kewangan, pembinaan kapal dan elektronik.
Dari perspektif yang lain, kita juga boleh melihat perkembangan samsung yang amat stabil. Samsung Group merupakan sebuah perniagaan lori semasa mula ditubuhkan. Hasil daripada usaha yang telah dijalankan oleh Lee Byung-chul, Samsung Group telah mula menceburi dalam pelbagai bidang terutamanya bidang elektronik.
Samsung Group juga menghadapi pelbagai masalah untuk dalam perkembangan syarikat. Namun begitu, dengan pimpinan dan usaha yang dilakukan oleh Lee Byung-Chull, Samsung Group telah menjadi sebuah syarikat yang terkemuka di peringkat dunia dan mencapai pelbagai kejayaan terutamanya dalam bidang elektronik.
Kesimpulannya, Lee Byung-Chull memiliki pelbagai ciri-ciri yang penting dan perlu ada pada seseorang usahawan untuk memaju dan membangunkan perniagaan. Ciri-ciri yang dimiliki oleh beliau telah berjaya memimpin Samsung Groups untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang sehingga menjadi sebuah syarikat yang terkenal di persada dunia kini.  Ciri-ciri tersebut perlu dipraktikkan oleh usahawan supaya berdaya menubuhkan sebuah perniagaan yang berjaya.

TIDAK MENGENAL ERTI PUTUS ASA


Akhir sekali, Lee Byung-Chull merupakan usahawan yang tidak mengenal erti putus asa (failure is an option). Ciri tidak mengenal erti putus asa dikategorikan di bawah nilai instrumental yang dimaksudkan sebagai nilai yang berkaitan dengan mod tingkah laku, peranan dan fungsi. (Abdullah, 2011) Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang usahwan dalam memperkembangkan perniagaan. Usahawan perlu gigih dan tidak berputus asa supaya dapat memastikan perniagaan yang dijalankan dapat diperkembangkan.
Ciri ini dapat dilihat pada Lee Byung-Chull semasa beliau menubuhkan perniagaan-perniagaan sebelum kemunculan Samsung Groups. Sebelum beliau berjaya hingga ke tahap sekarang beliau telah melalui banyak cabaran dan dugaan dalam perniagaan yang dijalankan. Walau bagaimanapun, cabaran dan dugaan yang dihadapi olehnya menjadikan beliau lebih matang dalam selok-belok perniagaan. Sebelum munculnya Syarikat Samsung beliau telah menjalankan banyak perniagaan tetapi mengalami kegagalan.
Antara perniagaan yang dijalankan oleh beliau ketika datang ke Kota Daegu dan mendirikan Samsung Sanghae, sebuah syarikat perdagangan kecil dengan jumlah sebanyak 40 orang pekerja yang terletak di Su-dong (sekarang Ingyo-dong). Usaha yang tidak berjaya terutamanya supaya beliau menubuhkan perniagaan pengangkutan lori di Daegu pada 1 Mac, 1938, yang dinamakan Samsung Trading Co, pelopor kepada Samsung.
Syarikat yang dibangunkan oleh beliau mengalami kemajuan dan beliau memindahkan pejanat pentadbirannya ke Seoul pada tahun 1947. Ketika Perang Korea, Lee Byung-Chull terpaksa meninggalkan Seoul dan mendirikan kilang penyulingan gula di Pusan yang dikenali dengan nama Cheil Jedang. Pada tahun 1953, beliau mengasaskan Cheil Gula yang menjadi sangat berjaya dan menguntungkan. (idahxisah, 2015)
Dengan pendapatan dari Cheil Gula, beliau telah mengasaskan banyak syarikat-syarikat lain yang menjual produk dalam pelbagai pasaran. Sebagai contoh, setelah perang tamat pada tahun 1954, Lee Byung-Chull telah mendirikan Cheil Mojik dan membangunkan kilang di Chimsan-dong manakala Daegu sebagai tempat mengeluarkan tekstil.
Pada tahun 1958 Samsung Group telah melebarkan sayap dalam pelbagai jenis perniagaan termasuklah perniagaan yang berasaskan elektronik. Samsung mula mendapat nama dalam bidang ini kerana telah berjaya melakukan satu transformasi setelah beberapa kali gagal dalam perniagaan yang dijalankan.

BERANI MENGAMBIL RISIKO



Selain itu, Lee Byung-Chull juga merupakan seorang usahawan yang berani mengambil risiko (open risk taker). Ciri berani mengambil risiko menunjukkan perkaitan yang positif dengan kejayaan perniagaan melalui penglibatan dan pempelbagaian jenis perniagaan dan kaedah pemasaran. (Rahman, 2011)Lee Byung-Chull merupakan pengasas Samsung Group. Beliau berlahir pada 12 Februari 1920. Lee Byung-chul mendirikan syarikat pada tahun 1938 sebagai syarikat menjual mee dan makanan laut kering. Kemudian beliau berani mengambil risiko dengan mengembangkansyarikatnya sebagai syarikat perdagangan eksport pelbagai produk dari Korea Selatan ke Beijing, China. Pada akhir 60-an, Samsung Group bermula masuk ke dalam bidang industri elektronik . Beliau mengambil risiko dengan mencuba menceburi bidang baru dan beliau untuk memastikan pertumbuhan syarikat berkembang dengan pesat, beliau telah membahagikan tugas kerja dalam bentuk divisyen-divisyen elektronik.
Selain itu ,Beliau berani menandingi syarikat elektronik lain seperti Nokia, Motorola, Sony dan sebagainya walaupun masa itu Noki merupakan ‘raja’ dalam bidang telefon pintar. Namun begitu, beliau berjaya mewujudkan memory chips dan menjadikan Samsung secara tidak langsung sebagai pengeluar terbesar memory chips serta pembuat chip kedua terbesar setelah Intel dengan sikap berani mengambil risiko itu. Kini, Samsung telah berjaya mewujudkan pelbagai jenis telefon bimbit yang mempunyai fungsi yang berlainan dari semasa ke semasa. Sifat berani mengambil risik yang ada dalam diri Lee Byung-Chull telah menjadikan Samsung sebagai syarikat elektronik yang bertaraf tinggi setanding dengan syarikat elektronik yang lain seperti Apple. 

BERORIENTASIKAN HASIL


Di samping itu, Lee Byung-Chull juga memiliki ciri berorientasikan hasil(outcome orientation). Seorang usahawan perlu memiliki kemauan untuk memperolehi hasil yang efektif supaya hasil dalam pekerjaan sesuai dengan apa yang diharapkan. (Apriadi, 2015) Ciri tersebut menggambarkan seorang usahawan atau syarikat yang mementingkan hasil daripada proses. Oleh itu, semasa menjalankan sesuatu tugas usahawan hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap matlamat dan mementingkan pencapaian serta sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan matlamat yang telah ditetapkan tercapai. Sebagai seorang usahawan, motif yang ingin dicapai adalah ingin mendapatkan hasil yang lumayan. Hasil tersebut boleh dijadikan sumber atau pendorong kepada usahawan untuk lebih bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai matlamatnya.
Ciri keusahawanan ini dapat dilihat pada Lee Byung-Chull iaitu pengasas Samsung. Pada awalnya, beliau membuka sebuah kilang beras sebagai percubaan pertama dalam menceburi bidang keusahawanan. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi beliau kerana perniagaan tersebut tidak mendatangkan keuntungan yang menggalakkan. Lee Byung-Chull terus bangkit dengan menubuhkan sebuah syarikat perdagangan eksport yang mengeksport barang-barang seperti ikan, sayur, buah ke Negara-negara seperti China dan Jepun. Di samping itu, beliau juga telah menubuhkan sebuah kilang gula iaitu Cheil Jedang yang pertama di Korea pada tahun 1953.
Hasil keuntungan dari syarikat berkenaan, beliau memulakan beberapa perusahaan lain iaitu perusahaan tekstil dan gedung membeli belah dan seterusnya berkembang kepada beberapa industri lain seperti industri mmedia dan kewangan. Lee Byung Chul melalui Samsung Electronic menceburi industri elektronik dan selepas sembilan tahun penubuhan, syarikat tersebut berjaya mmengeluarkan 2 juta unit produk keluaran mereka. Selepas beberapa tahun kemudian, syarikat tersebut berjaya mengeluarkan 5 juta set televisyen berwarna. Samsung Group terus berkembang dan maju sehingga ke hari ini.

PEMERHATIAN



Selain itu, pengkaji mendapati bahawa Lee Byung-Chull memiliki ciri pemerhatian (observant). Pemerhatian merupakan salah satu cara bagi usahawan untuk belajar teknik-teknik baru selain daripada kawan-kawan, pembacaan dan fikir sendiri. (Zainol, 2015)Ciri ini penting untuk seorang usahawan supaya produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan tersebut menepati keperluan dan kehendak mansyarakt serta bersesuaian dengan perubahan semasa. Selain itu, usahawan yang memiliki ciri pemerhatian dapat memerhati persekitaran di sekeliling perniagaan seperti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman perniagaan. Hal ini penting untuk mengetahui keadaan perniagaan dan persaingan untuk memastikan perniagaan yang dijalankan berdaya saing. Lee Byung-Chull merupakan seorang usahawan yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap perubahan semasa. Beliau telah melakukan pelbagai usaha supaya keluaran Samsung Groups sering mendapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat.
Antaranya ialah pengasas Samsung Group ini telah melebarkan sayapnya dengan menghasilkan  kerjanya dalam bentuk divisyen-divisyen elektronik iaitu Samsung Elektronics Co Devices, Samsung Elektro-Mechanical Co, Samsung Corning Co, dan Samsung Semikonduktor & Telecommunications Co, dan membuat perkhidmatan di Suwon.
Apabila Syarikat Samsung  telah berkembang, Lee Byung-Chull menghasilkan pula telefon dan mesin faks dan akhirnya menjadi Samsung’s Mobile Phone Manufacturing. Daripada kilang ini juga, Samsung Group mencipta hampir satu billion telefon bimbit  sehingga ke hari ini. Hal ini kerana permintaan daripada pelanggan sangat tinggi dan telah berkembang ke seluruh negara termasuk Negara Malaysia yang hangat menggunakan gajet berjenama Samsung ini.
                                                                                  
Pada tahun 1982, Samsung telah membangunkan sebuah kilang untuk menghasilkan televisyen di Portugal. Pada tahun 1984 pula, syarikat ini membangunkan sebuah kilang yang bernilai 25 juta di New York dan membangunkan kemudahan lain bernilai 25 juta di UK. Walaupun Lee Byung-chull telah meninggal pada tahun 1987 dan meninggalkan hartanya di dunia, namun syarikat ini tetap diteruskan oleh Kun- Hee Lee yang mengambil alih jawatan tersebut sebagai Pengerusi Samsung Group. Beliau tetap meneruskan legasi Lee Byung Chull dengan jayanya membangun satu daripada dua menara berkembar Petronas Towers di Malaysia, Taipei 101 Di Taiwan dan Khalifa Burj di United Emirat Arab apabila melebarkan sayapnya di Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Thailand, Mexico, dan China pada tahun 1997. (Mathew)
Walaupun Samsung Group telah mengalami krisis pada akhir tahun 1997, mereka terpaksa menjual  beberapa unit perniagaan masing-masing untuk mengurangkan beban hutang dan telah mengurangkan pekerja kepada 50000 orang. Meskipun berat untuk menanggung beban hutang tersebut, berkat pelaburan dalam industri elektronik dan akhirnya berjaya bertahan  serta terus berkembang hingga ke saat ini.
Pada tahun 1980-1990, syarikat ini menghasilkan pelbagai pesawat iaitu Korea Aerospace Industries (KAI), hasil penggabungan antara tiga bahagian aerospace domestic utama Samsung Aerospace, Daewoo Heavy Industries, dan Hyundai Space dan Aircraft Company. Setelah itu, Kun-Hee lee telah menjadi pengeluar terbesar memory chips di dunia pada tahun 1992, dan pembuat chip dunia terbesar kedua selepas Intel dan sepuluh tahun kemudiannya, beliau menjadikan Samsung sebagai pengeluar terbesar di dunia dengan membuat panel layar liquid-crystal.
Kejayaan Samsung sebagai penyedia teknologi terus berkembang melalui penggabungan beberapa anak syarikatnya Samsung Elektronics bergabung dengan Samsung dengan beberapa anak buah syarikat lain seperti Samsung Semikonduktor dan Telekomunikasi. (Wei, 2016)

BERWAWASAN

Ciri yang pertama yang dimiliki oleh Lee Byung-Chull ialah berwawasan (visionary). Berwawasan bermaksud mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu. (Baharom, 2007). Ciri berwawasan merupakan salah satu ciri yang disyorkan oleh tokoh-tokoh seperti Shapero dan Sokol(1982), McGrath et al(1992), Vaught dan Hoy (1981), Sieh Mei Ling dan lain-lain pengkaji tentang keusahawanan. (Hussin, 2015)Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wawasan ditakrifkan sebagai pandangan jauh terutamanya berkaitan yang berkaitan dengan perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi sesebuah organisasi atau negara. Di samping itu, berwawasan boleh didefinisikan sebagai mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu (bagi mencapai matlamat penting sesebuah negara, organisasi dan sebagainya)
Sifat berwawasan merupakan salah satu sifat yang perlu ada pada seorang usahawan. Usahawan yang berwawasan merupakan usahawan yang mempunyai visi dan misi yang membolehkan mereka mempunyai keyakinan diri dalam mencapai kejayaan yang diingini. Dengan wawasan yang ingin dicapai oleh mereka, mereka akan gigih dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi kegagalan. Selain itu, visi dan misi boleh dijadikan sebagai panduan bagi sesebuah perniagaan serta dapat memotivasikan usahawan supaya lebih bersemangat untuk mencapai matlamat organisasi.
 Lee Byung-Chull diperkatakan sebagai seorang usahawan yang berwawasan dalam mengusahakan perniagaan Samsung Group. Wawasan beliau adalah Pihak Samsung Groups menggunakan teknologi yang terkini untuk mengeluarkan produk yang dapat memuaskan pengguna. Sebagai contoh, Samsung-Sanyo telah mula mengeluarkan televisyen hitam putih pada tahun 1970. Ciptaan ini merupakan ciptaan yang berteknologi tinggi pada zaman tersebut.
Selain itu, Lee Byung-Chull juga mempunyai wawasan supaya sentiasa mengaluarkan produk yang dapat memuaskan keperluan dan kehendak para pengguna dari semasa ke semasa. Hal ini telah menyebabkan produk keluaran Samsung Group sentiasa mendapat sambutan masyarakat serta menjadikan produk Samsung sebagai produk yang terkenal dalam seluruh dunia.

Lee Byung-Chull juga berwawasan untuk menceburi dalam pelbagai bidang seperti bidang elektronik, pemprosesan makanan, pakaian, insurans, keselamatan dan jualan runcit. Sebagai contoh, pada tahun 1960, Samsung telah memasuki industri elektronik dan pada pertengahan tahun 1970 mereka telah menceburi industri perkapalan dan perindustrian. (sivapradha-palaniswami, 2015) Hal ini dapat membuktikan bahawa Lee Byung-Chull berwawasan tinggi untuk membangunkan Samsung dalam pelbagai bidang.

LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG PENGASAS
Lee Byung-Chull, pengasas Samsung Groups merupakan anak daripada sebuah keluarga bangsawan yang lahir pada 12 februari 1920 di Gyeongsangnam-do. Beliau mendapat pendidikan awal dari sekolah tempatan. Seterusnya, beliau melanjutkan pendidikan di Waseda University di Tokyo. Malangnya, beliau tidak dapat menamatkan ijazah disebabkan kematian bapa beliau.
Lee Byung Chul menggunakan kekayaan yang diwarisi dari keluarganya dengan membuka sebuah kilang beras.  Namun begitu, percubaan pertamanya tidak mendapat keuntungan seperti yang dijangkakan.  Selepas itu, Lee Byung-Chull mencuba untuk menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan eksport dengan menubuhkan Samsung Trading Co.  Lee Byung-Chull menjalankan perniagaan mengeksport sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan ke negara China dan Jepun.
Setelah perniagaan eksportnya berkembang maju, Lee Byung-Chull mengambil keputusan untuk memindahkan ibu pejabatnya ke Seoul.  Pada awal tahun 1950, Perang Korea telah tercetus dan mengakibatkan Korea Selatan dijajah oleh Korea Utara dan memaksa Lee Byung-Chul meninggalkan perniagaannya.  Beliau tidak berputus asa apabila berpindah ke Busan dan menubuhkan perniagaan baharu iaitu sebuah kilang gula yang diberi nama Cheil Jedang pada tahun 1953 dan merupakan kilang gula pertama di Korea Selatan. 
Perniagaan Lee Byung-Chull tidak terhenti setakat itu sahaja apabila beliau terus menerus mengembangkan perniagaannya ke pelbagai bidang seperti tekstil, gedung membeli belah, bidang kewangan, kimia, pembinaan kapal dan pada tahun 1969 beliau menubuhkan sebuah syarikat eletronik iaitu Samsung Eletronics yang kita kenali sekarang. 

            Kejayaan Lee Byung-Chull
           
Tahun
Kejayaan
1938
Menubuhkan Syarikat Perdagangan Samsung
1951
Membentuk Perbadanan Samsung
1953
Menubuhkan Syarikat Gula Cheil
1954
Menubuhkan Tekstil Cheil
1958
Memperolehi Insuran Api dan Marin Ankuk
1961
Membentuk Persekutuan Perusahaan
Menjadi pengerusi Persekutuan Perusahaan
1963
Menubuhkan TV, TBC dan radio di Seoul
Menyerap Insuran Hayat Oriental dan Stor Shinsegae
1964
Membentuk Biasiswa Samsung Korea
1965
Membentuk Asas Kebudayaan Samsung dan Joong-Ang Llbo
Dirasmikan sebagai Pengarah Universiti Sungkyunkwan
1966
Menubuhkan Syarikat Pembangunan Joong-Ang dan Hospital Koryeo
1967
Menubuhkan Syarikat Kertas Saehan
1968
Dirasmikan sebagai pengerusi Joong-Ang Llbo
1969
Menubuhkan Syarikat Samsung Elektronik
1972
Menubuhkan Cheil Wool Textiles
1973
Membentuk Komunikasi Cheli, Hotel Shilla dan Samsung Corning
1974
Membentuk PetroKimia Samsung
Memperbadankan Industri Berat Samsung
1975
Bakti yang disemak
1976
Pembukaan Tanah Ladang Yong-In
1977
Membuka Syarikat Pembinaan Kapal Samsung
Menubuhkan Syarikat Ketetapan Samsung
1978
Menubuhkan Syarikat Semikonduktor Samsung
1982
Membentuk Samsung Lions (pasukan profesional besbol)
Membuka Galeri Kesenian Ho-Am
Membuka Pusat Latihan Samsung
1985
Menubuhkan Syarikat Kelengkapan Perubatan Samsung
1987
Memperkenalkan Sistem Data Samsung
Menubuhkan Institusi Kemajuan Teknologi Samsung
1961-1987
Pengerusi Samsung Groups

LATAR BELAKANG SYARIKAT
Syarikat Samsung diasaskan oleh Lee Byung-chul pada 1 Mac 1938 di Daegu, Korea. (Samsung). Samsung memiliki beberapa buah anak syarikat dibawahnya seperti Samsung Electronics, Samsung Life Insurance, Samsung Heavy Industries dan banyak lagi anak syarikat Samsung. 
Syarikat Samsung diasaskan oleh Lee Byung-Chull pada 1 Mac 1938 di Daegu, Korea yang menumpukan kepada pengeksportan ikan kering, sayur-sayuran dan buah-buahan kepada Manchuria dan Beijing. Dalam sedikit lebih daripada satu dekad, Samsung yang bermaksud "tiga bintang" di Korea berharap mempunyai kilang tepung sendiri dan mesin gula-gula, pembuatan sendiri dan operasi jualan.
Perniagaannya bertambah maju dan ibu pejabat Samsung dipindahkan ke Seoul pada tahun 1947. Lee Byung-Chull tidak pernah berputus asa dan apabila perang Korea tamat, beliau membuka kilang penapisan gula dan kilang bulu.
 Pada tahun 1960-an, Lee Byung-Chull agak bernasib baik kerana Presiden Korea telah melaksanakan polisi untuk melindungi firma-firma perniagaan seperti Samsung. Di bawah pelaksanaan polisi ini,  syarikat asing tidak dibenarkan menjual barang-barang elektronik di Korea. Langkah ini telah memberikan Samsung kelebihan dalam perniagaan barang-barang elektronik kerana tidak ada pesaing selama 18 tahun semasa era pemerintahan Presiden Park Chung-hee.
Setelah 2 tahun beroperasi, Syarikat Samsung Eletronic telah berjaya mengeluarkan 2 juta unit produk eletronik mereka iaitu televisyen hitam-putih (tanpa warna).  Pada tahun 1984, Samsung telah berjaya mengeluarkan 5 juta unit televisyen berwarna dan menjadikan Samsung sebagai syarikat ketiga pengeluar eletronik terbesar di dunia selepas syarikat Jerman dan Belanda.
Pada tahun 1993, Pengerusi Samsung iaitu Lee Kun-Hee telah mengadakan lawatan ke seluruh dunia termasuklah ke California di Amerika Syarikat untuk mengetahui apakah persepsi masyarakat seluruh dunia mengenai produk keluaran Samsung.  Namun begitu, beliau terkejut apabila beliau melihat televisyen jenama Samsung diletakkan di rak paling bawah yang sukar dilihat oleh pelanggan tetapi televisyen keluaran Sony dan Panasonic berada di rak paling atas dan mudah dilihat pelanggan. 
Sejak itu Lee Kun-Hee berazam untuk menjadikan jenama Samsung sebagai penegeluar barangan eletronik yang dikenali di seluruh dunia.  Beliau kemudian mengumpulkan semua para eksekuti syarikat Samsung di Jerman untuk membuat transformasi di dalam syarikat.  Hasilnya, Samsung telah menjadi antara pengeluar cip eletronik terbesar di dunia dan kini jenama Samsung semakin dikenali dengan pengeluaran telefon pintar yang setaraf dengan para pesaingnya seperti Sony, Apple dan sebagainya.
Syarikat Samsung Elektronik Malaysia ditubuhkan pada tahun 1993 di Plaza Sentral Suite 3B-9-3A, Level 9, Block 3B, Jalan Stesen Sentral 3, 50470, Wilayah Persekutuan. Visi Syarikat Samsung Elektronik Malaysia menjelang tahun 2020 ialah "Mengilhami Dunia, Menciptakan Masa Depan". Manakala misi Syarikat Samsung Elektronik adalah menjadi “Syarikat digital” yang terbaik.
           Syarikat Samsung telah menjadi sebuah syarikat yang amat terkenal di negara Malaysia.                   Syarikat Samsung membekalkan barangan elektronik seperti telefon pintar, televisyen, komputer       dan sebagainya. Produk Samsung sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran                 kerana keyakinan masyarakat terhadap kualiti produk Samsung. Produk Samsung dijual di kedai-     kedai elektronik dan hypermarkat seperti Tesco, Pacific dan sebagainya. Produk Samsung juga          dijual dalam harga yang berpatutan berdasarkan beberapa aspek seperti fungsi produk. Selain itu,      Syarikat Samsung juga menjalankan pelbagai usaha untuk mempromosikan produk dan    perkhidmatan mereka kepada pasaran global.